Design a site like this with WordPress.com
Get started

BANTUAN HARAPAN NEGARA 2019

BHN 2019

Siapakah yang layak membuat permohonan BHN 2019 ?

Pemohon yang layak membuat permohonan BHN 2019 mesti memenuhi 
syarat – syarat dan kriteria-kriteria seperti berikut:

  1. Veteran ATM,
  2. Tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) sebelum/pada 31 Disember 2019,
  3. Bermastautin di Malaysia,
  4. Veteran yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan,
  5. Perlu membuat permohonan untuk mendapatkan BHN 2019 bagi:
  6. Veteran ATM Tidak Berpencen yang belum pernah memohon Bantuan SVTB1M dan BBN 2017; dan
  7. Bakal Veteran ATM ( TTP sebelum/pada 31 Disember 2019).
  8. Veteran dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM 4,000 dan ke bawah (B40), dan

Tidak dipanjangkan kepada balu/duda/tanggungan/waris.

Siapakah golongan pemohon yang perlu mengisi borang permohonan BHN 2019 ?

Golongan pemohon yang perlu mengisi borang permohonan BHN 2019 adalah:-

  1. Veteran ATM Tidak Berpencen yang tidak pernah memohon BBN pada tahun 2017 dan Bantuan SVTB1M 2013. (pemohon baharu)
  2. Anggota ATM yang akan menamatkan perkhidmatan iaitu TTP sebelum / pada 31 Disember 2019.

Veteran ATM Berpencen B40 yang sedang menerima pembayaran pencen secara bulanan dan Tidak Berpencen B40 yang pernah menerima BBN 2017 adalah dinasihatkan untuk mengakses portal BHN 2019 di http://bhn.jhev.gov.my untuk membuat pengesahan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor akaun bank, jenis bank, alamat tempat tinggal terkini dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Bilakah pemohon boleh mula membuat permohonan BHN 2019?

Permohonan BHN boleh dibuat mulai 14 April 2019 hingga 1 Oktober 2019
(tertakluk kepada pindaan dan pemakluman rasmi dari semasa ke semasa).

Bagaimanakah pemohon membuat permohonan BHN 2019?

Permohonan BHN 2019 dilaksanakan dengan cara mengisi dan menghantar Borang BHN 2019 sama ada secara dalam talian atau melalui borang (manual).

  • Permohonan Dalam Talian.

Permohonan BHN 2019 boleh dibuat melalui Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), http://bhn.jhev.gov.my. Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan komputer dan browser dalam smart phone/ tab. Simpan salinan permohonan bagi tujuan rekod pendaftaran.

  • Permohonan Melalui Borang (manual).

Borang BHN 2019 boleh diperolehi secara percuma di lokasi berikut:

  • Portal Rasmi JHEV.

Ibu Pejabat JHEV / Pejabat JHEV Cawangan Negeri / Persatuan Veteran ATM (PVATM).

Dimanakah pemohon boleh menghantar Borang BHN 2019 yang telah diisi secara manual dengan lengkap ?

Pemohon boleh menghantar Borang BHN di kaunter-kaunter berikut:

  1. Ibu Pejabat JHEV.
  2. Pejabat JHEV Cawangan Negeri.

Pejabat Persatuan-persatuan Veteran ATM.

Apakah dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang BHN 2019?

Pemohon perlu mengemukakan Borang BHN bersama dokumen – dokumen berikut:

  1. Salinan MyKad / MyTentera.
  2. Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92)/Sijil Berhenti Pasukan Sukarela ATM (BAT B 84) semua muka surat; atau Surat Pengesahan Perkhidmatan; atau Arahan Dokumentasi Persaraan/Tamat Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP). 
  3. Salinan Kad Bekas Tentera/Kad Veteran (jika ada).
  4. Salinan buku akaun bank persendirian yang masih aktif (muka surat yang tercatat nama dan no. akaun sahaja) atau penyata akaun bank.
  5. Salinan slip gaji bulanan terkini atau bukti pendapatan.

Adakah pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan sekiranya pemohon telah menghantar Permohonan BHN 2019 secara  dalam talian ?

Ya. Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan sekiranya menerima mesej peringatan yang dipaparkan semasa permohonan dalam talian dibuat.

Bilakah tarikh pembayaran BHN 2019 bermula ?

Pembayaran BHN 2019 akan bermula pada 27 Mei 2019.

Adakah ahli isi rumah / waris layak menerima BHN 2019 sekiranya veteran telah meninggal dunia?

Tidak layak. BHN 2019 dibayar kepada veteran yang masih hidup sahaja.

Apakah jumlah pendapatan yang perlu pemohon melaporkan pada Borang BHN 2019 jika pendapatan terkini pemohon tersebut termasuk gaji bulanan, bonus dan elaun-elaun lain ?

Pemohon perlu melaporkan gaji kasar bulanan dan elaun-elaun lain kecuali bonus bagi semua isi rumah.

Apakah yang pemohon perlu melakukan sekiranya pemohon tersebut tidak mengisi nombor akaun bank semasa Permohonan BHN 2019?

Pengisian nombor akaun bank adalah diwajibkan bagi urusan pembayaran melalui Elektronik Fund Transfer (EFT). Pemohon perlu menghubungi Pejabat JHEV ATM.

Adakah saya layak membuat Permohonan BHN 2019 sekiranya saya hanya mempunyai Kad Pengenalan Lama dan tidak  pernah membaharuinya?

Pemohon perlu merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan MyKad kerana Permohonan BHN 2019 mewajibkan penggunaan MyKad.

Adakah pemohon layak membuat permohonan BHN 2019 sekiranya pemohon tersebut merupakan Warganegara Asing?

Bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia sahaja. Warganegara Asing tidak layak membuat permohonan BHN 2019.

Adakah pemohon layak membuat permohonan BHN 2019 jika pemohon tersebut tidak menetap di Malaysia ?

Tidak layak, bantuan ini adalah untuk Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

Jika isteri / suami pemohon juga merupakan bekas tentera yang tidak berpencen, adakah beliau layak membuat permohonan BHN 2019 ?

BHN 2019 diberikan kepada semua veteran ATM Berpencen dan Tidak Berpencen yang layak. (pemohon hendaklah golongan B40).

Saya merupakan bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan dengan tidak berpencen tetapi menyambung perkhidmatan dengan Kerajaan sehingga berpencen, adakah saya layak memohon BHN 2019?

Layak. BHN 2019 diberikan kepada semua veteran ATM Berpencen dan Tidak Berpencen yang layak. (pemohon hendaklah golongan B40).

Saya merupakan bekas tentera yang menerima pencen hilang upaya sahaja,adakah saya layak memohon BHN 2019?

Layak. BHN 2019 diberikan kepada semua veteran ATM Berpencen dan Tidak 
Berpencen yang layak. (pemohon hendaklah golongan B40)

Saya merupakan bekas tentera yang menerima pencen di bawah paras pencen minimum RM1000.00 sebulan, adakah saya layak memohon BHN 2019 ?

Saya pernah berkhidmat dalam Askar Wataniah / Pasukan Simpanan Sukarela TLDM atau TUDM, adakah saya layak memohon BHN 2019?

Tidak Layak, hanya anggota Angkatan Sukarela yang pernah dikerah berkhidmat sepenuh masa sahaja layak memohon BHN 2019.

Saya dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan ATM atas alasan tatatertib / salah laku, adakah saya layak memohon BHN 2019?

Tidak layak.

Mengapakah BHN 2019 tidak diberikan kepada semua veteran ATM ?

BHN 2019 tidak diberikan kepada semua veteran ATM kerana BHN 2019 hanya  diberikan kepada Veteran Berpencen dan Veteran Tidak Berpencen yang layak dan berpendapatan isi rumah RM 4000.00 ke bawah (dikategorikan golongan B40) seperti yang termaktub di dalam kriteria-kriteria serta syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BHN 2019?

Anda boleh mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan melalui saluran berikut:

  1. Portal Rasmi BBN di Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), http://bhn.jhev.gov.my
  2. Menghubungi JHEV di talian 03-26976600

Hadir sendiri ke Ibu Pejabat JHEV / Pejabat JHEV Cawangan Negeri.

Bagaimana cara untuk saya mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BHN ?

  1. Portal Rasmi BHN di Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV),http://bhn.jhev.gov.my.
  2. Menghubungi Call Centre BHN di talian Hot Line 03 2697 6600.
  3. Hadir sendiri ke Ibu Pejabat JHEV / Pejabat JHEV Cawangan Negeri.

Jika seseorang didapati memberi maklumat palsu, apakah tindakan yang akan dikenakan ?

Seseorang yang didapati memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga (3) tahun dan denda serta disenaraihitam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dari menerima BHN.

Maklumat saya telah digunakan oleh individu lain bagi tujuan permohonan BHN. Apakah yang perlu saya lakukan ?

Anda perlu membuat laporan polis dan kemukakan bersama salinan pengenalan (isi rumah), sijil perkahwinan / Sijil Kematian / Sijil Perceraian (jika berkaitan) ke Ibu Pejabat JHEV / Pejabat JHEV Cawangan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Saya telah disenaraihitam oleh Kementerian Pertahanan, apa yang perlu saya lakukan ?

Anda perlu merujuk kepada Sekretariat BHN seperti berikut: Sekretariat BHN

Bilik Operasi BHN 
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

Kementerian Pertahanan Malaysia
Aras 9 Menara TH Perdana
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 KUALA LUMPUR 
Hotline BHN: 03 2697 6600
e-mel: aduanjhev@mod.gov.my

Apakah tindakan yang perlu dibuat jika saya telah dimaklumkan permohonan telah diluluskan dan wang BHN telah dikreditkan ke dalam akaun  tetapi semakan saya mendapati wang BHN tidak dikreditkan atau dikeluarkan oleh pihak ketiga ?

Anda perlu membuat semakan dengan pihak bank dan mendapatkan penyata bank terperinci berdasarkan tarikh transaksi pembayaran fasa berkenaan. Sekiranya:

  1. Tiada transaksi kemasukan wang – aduan perlu dibuat ke Ibu Pejabat JHEV / Pejabat JHEV Cawangan Negeri yang berdekatan dengan membawa penyata bank terperinci.
  2. Wujud transaksi pengeluaran wang oleh pihak ketiga – laporan polis perlu dibuat dan kemukakan laporan polis serta penyata bank terperinci ke Ibu Pejabat JHEV / Pejabat JHEV Cawangan Negeri untuk tindakan selanjutnya. 

Akaun bank saya telah dibekukan kerana diisytiharkan muflis / senaraihitam. Bagaimana cara untuk saya mendapat wang BHN tersebut ?

Anda perlu merujuk kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi mendapatkan kebenaran khas untuk pengeluaran wang BHN melalui akaun bank.

Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa penunaian di bank bagi status gagal kredit ke dalam akaun ?

Tuan perlu membawa Surat Makluman Lulus / Gagal Kredit BHN dan Baucar beserta MyKad asal ke mana-mana cawangan bank yang mengambil bahagian. Salinan pendua tidak dibenarkan.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan jika nombor akaun telah dikemukakan semasa permohonan BHN tetapi status pengkreditan adalah gagal ?

Surat Pemakluman Lulus / Gagal Kredit BHN dan Baucar akan diposkan kepada penerima untuk penunaian di mana-mana cawangan bank yang mengambil bahagian.

Saya pernah berkhidmat dalam Border Scout, adakah saya layak memohon BHN ?

Tidak layak. Border Scout tidak termasuk dalam perkhidmatan ATM.

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: