
Soalan-Soalan Yang Selalu Di Tanya Dan Jawapannya:
1APAKAH LOCUS STANDI DAN ADAKAH VETERAN MEMPUNYAI LOCUS STANDI DALAM EMPAT ISU YANG DI PERJUANGKAN?
JAWAPAN NO.1:
Locus Standi adalah satu istilah untuk kebolehan sesuatu pihak untuk menunjukkan kepada mahkamah suatu hubungan yang cukup untuk tindakan undang-undang bagi menyokong penglibatannya didalam isu yang dibawa.
Dalam kes MTUC lwn Kerajaan Malaysia (2014) Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa cukup jika pihak yang mengadu mempunyai Kepentingan yang Benar (Genuine Interest) dalam isu yang di bawa.
FEDERAL COURT CASE MTUC V. GOM (2014)
The Federal Court reviewed the law of locus standi
1. The court held that for a plaintiff to pass the “adversely affected” test, he must at least show that he has “a real and genuine interest” in the subject matter.
2.it is not necessary for the applicant to establish infringement of a private right or the suffering of special damage,”
3.MTUC had shown that it had a real and genuine interest and was adversely affected by the minister’s decision.
- SIAPAKAH YANG ADA LOCUS STANDI?
JAWAPAN NO.2:
Sehingga 31/12/2018 terdapat 304,743 veteran dan 21,978 bekas tentera.
Veteran berpencen yang di iktirafkan oleh Akta Veteran 2012. (Sehingga 31/12/2018 terdapat 122,176 0rang)
Veteran yang tidak berpencen yang di iktirafkan oleh Akta Veteran 2012. (Sehingga 31/12/2018 terdapat 182,567 0rang)
Bekas tentera yang tidak diiktirafkan sebagai Veteran oleh Akta Veteran 2012. (Sehingga 31/12/2018 terdapat 21,978 0rang)
Veteran yang cedera perang atau semasa bertugas yang menerima Pencen Hilang Upaya. (Sehingga 31/12/2018 terdapat 3,449 0rang)
- SIAPAKAH YANG LAYAK DI NOBATKAN SEBAGAI VETERAN?
JAWAPAN NO.3:
Menurut tafsiran s.2 Akta Veteran 2012
“veteran” ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat
sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan
daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana
Angkatan yang berikut:
(a) angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia;
(b) angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan;
(c) Force 136;
(d) Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura; dan
(e) Sarawak Rangers.
- SIAPAKAH PIHAK BERKUASA DALAM HAL KEBAJIKAN ATM DAN VETERAN?
JAWAPAN NO.4:
Menurut undang-undang, jawatan-jawatan berikut mempunyai kuasa terhadap Veteran:
YDPA menurut Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan.
MAT menurut Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan.
MVK menurut sek 4 Akta Veteran 2012
Menhan menurut sek 24 Akta Veteran 2012
JHEV menurut sek 6&7 Akta Veteran 2012
- SILA JELASKAN UNDANG YANG DI SEBUT DI ATAS.
JAWAPAN NO.5:
Perlembagaan Persekutuan (perkara 41 dan 137) menyatakan:
Pemerintah tertinggi angkatan tentera
Perkara 41. Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan.
Majlis Angkatan Tentera
Perkara 137. (1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Angkatan Tentera yang hendaklah bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan Agong bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera, dan segala perkara lain yang berhubungan dengannya selain perkara yang berhubungan dengan penggunaan angkatan tentera bagi maksud operasi.
Fungsi Majlis (Akta veteran 2012)
Seksyen 4. (1) Fungsi Majlis adalah seperti yang berikut:
(a) merumuskan dasar utama dan pelan tindakan yang berhubungan dengan hal ehwal veteran;
(b) menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan yang berhubungan dengan hal ehwal veteran;
(c) menyelaraskan dan memantau pelaksanaan dasar dan pelan tindakan yang berhubungan dengan veteran dengan kementerian, agensi, badan atau organisasi kerajaan yang berkaitan dan sektor swasta;
(d) menasihatkan dan membuat syor mengenai pembuatan mana-mana perundangan atau pindaan mana-mana perundangan sedia ada supaya dapat menjamin kebajikan dan kepentingan veteran;
(e) menasihatkan Kerajaan mengenai isu hal ehwal veteran termasuklah perkembangan di peringkat antarabangsa;
(f) menjadi badan pemantau bagi semua persatuan veteran di Malaysia; dan
(g) melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi pelaksanaan Akta ini dengan sewajarnya.
(2) Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi, atau berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinya.
(3) Majlis hendaklah mengawal selia prosidingnya sendiri.
Sek 24 Akta Veteran 2012
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
24. (1) Menteri boleh, selepas rundingan dengan Majlis, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan maksud Akta ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturanperaturan itu boleh menetapkan mana-mana atau semua yang berikut:
(a) kewajipan Pendaftar;
(b) bentuk dan kandungan daftar veteran dan daftar persatuan veteran dan cara dan bentuk daftar itu hendaklah disimpan;
(c) cara dan borang apabila suatu permohonan untuk pendaftaran hendaklah dibuat;
(d) bentuk apa-apa perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini;
(e) tatacara dalaman yang hendak diikuti berhubung dengan penyelesaian pertikaian yang diadakan di bawah Akta ini;
(f) tatacara yang hendak diikuti berhubung dengan rayuan oleh mana-mana persatuan;
(g) apa-apa perkara yang berkaitan dengan peruntukan bantuan kebajikan dan perubatan kepada veteran; dan
(h) apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini.
(Sek 6 & 7 Akta Veteran 2012)
Majlis dibantu oleh Jabatan
Seksyen 6. Majlis hendaklah dibantu oleh Jabatan dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
Pendaftar
Seksyen 7. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia hendaklah menjadi Pendaftar.
- DIMANAKAH KEDUDUKAN ATM DALAM PERLEMBAGAAN?
JAWAPAN NO.6:
Menurut Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, ATM adalah Perkhidmatan Awam yang terkanan.
Menurut Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan, YDPA adalah Panglima Tertinggi ATM.
Menurut Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan, MAT bertanggungjawab di bawah kuasa am YDPA bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran ATM.
- SIAPAKAH PERKHIDMATAN AWAM MENURUT SUSUNAN YANG TERDAPAT DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN?
JAWAPAN NO.7:
PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM
132. (1) Bagi maksud Perlembagaan ini, perkhidmatanperkhidmatan awam ialah—
(a) angkatan tentera;
(b) perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
(c) perkhidmatan awam am Persekutuan;
(d) pasukan polis;
(e) (Dimansuhkan);
(f) perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133;
(g) perkhidmatan awam setiap Negeri; dan
(h) perkhidmatan pendidikan
- ADAKAH ATM/MAT DI BAWAH PENTADBIRAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM?
JAWAPAN NO.8:
Sama sekali TIDAK!
Lihat Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan di bawah dan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan di atas.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
139. (1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bidang kuasanya hendaklah, tertakluk kepada Perkara 144, meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatanperkhidmatan yang disebut dalam perenggan (c) dan (f) Fasal (1) Perkara 132, selain Ketua Audit Negara, meliputi anggota perkhidmatan-perkhidmatan awam Negeri Melaka dan Negeri Pulau Pinang, dan, setakat yang diperuntukkan oleh Fasal (2), meliputi anggota perkhidmatan awam mana-mana Negeri lain.
- APAKAH BUKTI YANG MAT MEMPUNYAI KUASA MUTLAK TERHADAP ANGGOTA ATM?
JAWAPAN NO.9:
Bukti yang jelas boleh di lihat di dalam keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan seperti berikut (Dalam Bahasa Inggeris):
COURT OF APPEAL CASE OF MAT & GOM Vs MEJAR FADZIL BIN ARSHAD (2011)
1. The option to end the relationship between the Applicant and the Respondents are well within the discretion of the Appeallants and the YDPA
2. It is clear that an officer in the Armed Forces holds office at the will and pleasure of the YDPA by reason of section 9 of the ACT by usage of the words “at any time without assigning any reasons”
3. Court has no jurisdiction to inquire into the circumstances under which an officer of the armed forces and the circumstances the Respondent cease to hold office.
4.The express exclusion of the public service of “armed forces” in article 135(1) must necessarily be construe to mean the an officer in the armed forces does not enjoy the right to be heard conferred on members of public services mention in article
FEDERAL COURT CASE ABDUL SALAM HUSIN V MAJLIS ANGKATAN TENTERA & ANOR [2011] 2 CLJ 1
James Foong FCJ speaking for the Federal Court held-
1. The commission of a member of the armed forces is at the pleasure of the Crown: durante bene placito (which basically means: ‘during our good pleasure’). When such commission is at the pleasure of the Crown then conversely it can be withdrawn or cancelled at any time at the pleasure of the Crown. The Crown is not obliged to give any reason of doing so.
2. Public Policy – members of the armed forces play an important role in the defence of the nation, the continuance of any of its members may at times be detrimental to the best interest of the State; the security of the country may be compromised if he is allowed to remain.
3. The necessity to maintain discipline within the armed forces which is absolutely vital if the military is to be functional and efficient. Any compromise to this would affect discipline and threaten the chain of command necessary to effectively defend the nation.
4. It is considered that if the answer is in the positive, the entire provision of cl. 1 in art. 135 of the Constitution as well as s. 9 of the Armed Forces Act would be rendered meaningless.
5. The supreme law of the land and the Armed Forces Act have expressly and unequivocally pronounced the exemption of this right to be heard for members of the armed forces
6. The laws are explicit and enacted as such for good measures to discount such common law rights of audi alteram partem in the armed forces.
7. The clear provisions of the law in cl. 1 of art. 135 of the Constitution read with art. 132 and s. 9 of the Armed Forces Act divesting such right to be heard for members of the armed forces makes the court is in no position nor would it lend a hand in interpreting into the law such a right. Any attempt to read into the law the existence of such right at some stage of this process would be defeating the true intention and spirit of the Constitution and the relevant provision of the Armed Forces Act.
COURT OF APPEAL CASE OF MAT VS MOHD NURUL AMI BIN MOHD BASRI (2019).
1. By virtue of S. 15 AFA72 , AFC is empowered by law to make regulations it may think necessary … Being made by the authority of the AFC, the guideline is valid and enforceable.
2. In any event, even the KKM Guideline has the force of law, it cannot supersede the Army (armed forces) Guideline. This is because the Army Guideline is a specific guideline which is meant to be enforced by the armed forces only and by no others and it is enforceable against all members of the armed forces without any exception.
- ADAKAH MAT/ATM BERKUASA TERHADAP VETERAN?
JAWAPAN NO.10:
Pada dasarnya, TIDAK!
Tetapi seksyen 187 AAT72 berkait dengan Pencen Veteran.
POWER OF THE ARMED FORCES COUNCIL TO MAKE PENSION, ETC., REGULATIONS
187. (1) The Armed Forces Council with the approval of the Yang di-Pertuan Agong may make regulations including regulations providing for matters which may be issued by Perintah Majlis Angkatan Tentera in respect of the eligibility of members of the regular forces and their dependants for retired pay, pensions, gratuities and other grants; and such regulations may specify the conditions governing the grant of and the rates of such retired pay, pensions, gratuities and other grants, and may contain any other provisions which may be necessary to carry out the purposes of this section.
(2) Notwithstanding the appointment of the date for the coming into force of this Act pursuant to section 1 or the provisions of any written law to the contrary, any regulations made under subsection (1) may be given retrospective effect to any date, whether before or after the coming into force of this Act.
(3) Notwithstanding the appointment of the date for the coming into force of this Act pursuant to section 1 or the provisions of any written law to the contrary, the Armed Forces Council with the approval of the Yang di-Pertuan Agong may amend any of the rules, regulations, orders and other instruments made under the enactment and ordinances repealed by subsection 217(1) where such subsidiary legislation is still in force by virtue of subsection (2) of that section and any amendment made hereunder to such subsidiary legislation still in force may be given retrospective effect to any date, whether before or after the coming into force of this Act.
Seksyen 187 AAT72 berkait dengan Seksyen2 157, 15 dan 36.
ARMED FORCES ACT 1972 [ACT 77]
COMMISSIONING AND APPOINTMENT OF OFFICERS OF THE REGULAR FORCES
Section15. The Armed Forces Council with the approval of the Yang di-Pertuan Agong may make regulations including regulations providing for matters which may be issued by Perintah Majlis Angkatan Tentera governing the commissioning and appointment of officers, their terms of service, including the absorption, attachment and secondment of any officer to any body, force or service, promotion, advancement in rank, retirement, resignation, dismissal and such other matters as the Armed Forces Council may think necessary or expedient for the better carrying into effect the provisions of this Part.
REGULATIONS AS TO ENLISTMENT
Section36. The Armed Forces Council, with the approval of the Yang di-Pertuan Agong, may make regulations including regulations providing for matters which may be issued by Perintah Majlis Angkatan Tentera governing the enlistment of persons in the regular forces, their terms of service including the absorption, attachment and secondment to any body, force or service, promotion, advancement in rank, discharge, dismissal and such other matters concerning servicemen as the Armed Forces Council may think necessary or expedient for the better carrying into effect the provisions of this Part.
PAY, FORFEITURES AND DEDUCTIONS
POWER OF THE ARMED FORCES COUNCIL TO MAKE PAY AND ALLOWANCES REGULATIONS
157. (1) The Armed Forces Council with the approval of the Yang di-Pertuan Agong may make regulations including regulations providing for matters which may be issued by Perintah Majlis Angkatan Tentera (hereinafter referred to as “Pay and Allowances Regulations”) governing the pay, allowances and other emoluments of officers and servicemen of the regular forces and other matters pertaining thereto and in particular governing the following provisions of this Part.
(2) Notwithstanding the appointment of the date for the coming into force of this Act pursuant to section 1 or the provisions of any written law to the contrary, any regulations made under subsection (1) may be given retrospective effect to any date, whether before or after the coming into force of this Act.
(3) Notwithstanding the appointment of the date for the coming into force of this Act pursuant to section 1 or the provisions of any written law to the contrary, the Armed Forces Council with the approval of the Yang di-Pertuan Agong may amend any of the rules, regulations, orders and other instruments made under the enactment and ordinances repealed by subsection 217(1) where such subsidiary legislation is still in force by virtue of subsection (2) of that section and any amendment made hereunder to such subsidiary legislation still in force may be given retrospective effect to any date, whether before or after the coming into force of this Act.
- APAKAH PUNCA JARAK PERBEZAAN PENCEN VETERAN YANG BERSARA SEBELUM 2013 DAN SELEPAS BEGITU BESAR?
JAWAPAN NO.11:
Persara ATM sebelum 1/10/2004 pencen mereka tidak di selaraskan dengan SSM2002.
Pada 1/7/2007 kenaikan pencen diantara 9% -30% (kenaikkan berbeza dibuat utuk yang pencen selepas dan sebelum 2004)
Pada 1/1/2013 kenaikan 2% atas (arahan siapa?)
Maka terdapat jurang perbezaan yang luas bagi yang pencen sebelum 2004 dan selepas.
- BAGAIMANA DAN SIAPA YANG MENENTUKAN PENCEN PESARA ATM?
JAWAPAN NO.12:
Kuasa Utama di beri kepada MAT dan YDPA di bawah perkara 41 & 137 perlembagaan persekutuan.
YDPA memberi kuasa kepada MAT mengikut seksyen 187 AAT1972 (Lihat jawapan no. 10 diatas)
MAT membuat peraturan atas kuasa YDPA: PU(A)123: PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TETAP (PENCEN, GANJARAN DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN) 1982. BAHAGIAN V: PENYELARASAN PENCEN, GANJARAN DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN.
- APA YANG BERLAKU TERHADAP PERSARA ATM BERPENCEN SELEPAS 2013?
JAWAPAN 13:
Ucapan YAB PM dalam Bajet 2012 pada 7 Okt 2011: “… Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikkan tahunan pencen persara sebanyak 2% setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji”.
Pada 2013 gaji kakitangan awam termasuk ATM naik mendadak dan di harmoniskan tapi yang pencen sebelum 2013 tidak di selaraskan.
- APAKAH UNDANG2 YANG MEMBERI KUASA KENAIKAN PENCEN 2% SETAHUN, DAN ADAKAH ATM TERTAKLUK KEPADANYA?
JAWAPAN NO. 14:
Tidak ada mana2 peruntukan PMAT mahu pun Peraturan ATM mengenai kenaikan 2% di buat.
ATM masih kekal dengan PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TETAP (PENCEN, GANJARAN DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN) 1982.
Peruntukan undang2 tentang kenaikkan 2% ini terdapat di Akta Penyelarasan Pencen 1980 (anak kepada akta Pencen 1980)
ATM tidak tertakluk/dikecualikan kepada Akta Pencen 1980.
- APAKAH PERBEZAAN PENCEN VETERAN YANG BERSARA SEBELUM 2004 DENGAN YANG BERSARA SELEPAS 2013?
JAWAPAN NO. 15:
Berikut adalah pencen maksimum anggota Angkatan Tentera bagi tujuan menunjukan jurang perbezaan sebelum tahun 2004 dengan selepas 2004.
PKT/SETARAF | SSB1992 | SSM 2002 | SSM2004 | SSMB2012 | JGMM2013 |
PAT | 9,400.00 | 11,555.00 | 12,706.00 | 16,285.00 | 20,687.00 |
JENERAL | 3,475.00 | 4,301.00 | 4,519.00 | 6,732.00 | 10,522.00 |
LT JENERAL | 3,155.00 | 3,908.00 | 4,114.00 | 6,224.00 | 9,673.00 |
MEJ JENERAL | 2,935.00 | 3,642.00 | 3,836.00 | 5,710.00 | 8,874.00 |
BRIG JENERAL | 2,407.00 | 3,075.00 | 3,349.00 | 4,628.00 | 7,382.00 |
KOLONEL | 2,074.00 | 2,649.00 | 2,908.00 | 4,025.00 | 6,974.00 |
LT KOLONEL | 1,892.00 | 2,416.00 | 2,595.00 | 3,597.00 | 6,608.00 |
MEJAR | 1,581.00 | 2,021.00 | 2,207.00 | 3,179.00 | 6,269.00 |
KAPTEN | 1,474.00 | 1,891.00 | 2,087.00 | 3,046.00 | 5,954.00 |
LEFTENAN | 1,073.00 | 1,433.00 | 1,617.00 | 2,494.00 | 4,697.00 |
LT MUDA | 547.00 | 769.00 | 890.00 | 1,423.00 | 4,459.00 |
PEG WAREN I | 809.00 | 1,087.00 | 1,392.00 | 2,135.00 | 4,664.00 |
PEG WAREN II | 721.00 | 980.00 | 1,328.00 | 2,036.00 | 4,397.00 |
S/SARJAN | 613.00 | 845.00 | 1,237.00 | 1,960.00 | 3,709.00 |
SARJAN | 560.00 | 790.00 | 1,164.00 | 1,857.00 | 2,764.00 |
KOPERAL | 504.00 | 727.00 | 1,085.00 | 1,708.00 | 2,285.00 |
L/KOPERAL | 489.00 | 676.00 | 981.00 | 1,494.00 | 1,995.00 |
PREBET | 474.00 | 652.00 | 835.00 | 1,335.00 | 1,883.00 |
- KENAPA VETERAN TIDAK BERPENCEN?
JAWAPAN NO. 16:
- Kerana skim perkhidmatan
- PEGAWAI: berkhidmat kurang dari 20 tahun perkhidmatan.
- LAIN-LAIN PANGKAT: Berkhidmat kurang dari 21 tahun perkhidmatan.
- Kerana berhenti awal dari perkhidmatan pertama.
- Lain-lain sebab utama mereka berhenti
awal:
- Anggota mohon secara sukarela kerana tekanan kerja;
- Taraf kesihatan (PULLHEEMS ) tidak memuaskan;
- BMI tinggi;
- Pegawai memerintah tidak sokong;
- Tidak mempunyai kursus wajib;
- Tidak mempunyai jawatan dan lain-lain.
- APA BEZANYA SKIM PERKHIDMATAN AWAM YANG LAIN?
JAWAPAN NO.17:
Pemberian pencen, dsb. (Akta Pencen 1980)
9. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai berpencen apabila—
(a) dipaksa bersara di bawah seksyen 10; atau
(b) memilih bersara di bawah seksyen 12 setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; atau
(c) bersara di bawah seksyen 11.(Persaraan dengan kehendak Kerajaan)
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai berpencen jika persaraan itu adalah di bawah seksyen 12a.
- BETULKAH PERKHIDMATAN AWAM BOLEH MENDAPAT PENCEN SETELAH KHIDMAT 10 TAHUN?
JAWAPAN NO.18:
Ya, menurut Seksyen 12, Akta 227/239 (akta Pencen 1980)
Permohonan boleh di buat melalui Ketua Jabatan dengan syarat:-
- Umur 40 tahun ke atas;
- TP lebih 10 tahun yang boleh dimasukira.
JANTINA PEGAWAI | UMUR LAYAK PENCEN DIBAYAR |
• Pegawai perempuan: • Pegawai bomba berpangkat rendah & ke bawah • Pegawai polis berpangkat rendah dari ASP • Pegawai penjara berpangkat rendah dari Penguasa • Jururawat lelaki di hospital mental | 45 tahun |
Pegawai lelaki: | 50 tahun |
LANTIKAN PADA/SELEPAS 12.4.1991: LELAKI/ PEREMPUAN | 55 tahun |
SYARAT-SYARAT PEMBERIAN PENCEN SETELAH BERKHIDMAT 10 TAHUN PERKHIDMATAN YANG BOLEH DI MASUK KIRA, dsb. BAGI PERKHIDMATAN AWAM
Pemberian pencen, dsb.
9. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai berpencen apabila—
(a) dipaksa bersara di bawah seksyen 10; atau
(b) memilih bersara di bawah seksyen 12 setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; atau
(c) bersara di bawah seksyen 11.
(d) (Dipotong oleh Akta A625).
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai berpencen jika persaraan itu adalah di bawah seksyen 12a.
Persaraan paksa
10. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (4), seseorang mencapai umur lima puluh enam tahun.
(2) Jika seseorang pegawai mencapai umur lima puluh enam tahun, dan suatu prosiding jenayah atau tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, maka perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui umur itu tetapi dikira cuti tanpa gaji sehingga kesnya diputuskan.
(3) Jika prosiding jenayah atau tatatertib di bawah subseksyen
(2) itu tidak berkeputusan dengan dia disabitkan atau dibuang kerja, maka dia hendaklah bersara apabila mencapai umur lima puluh enam, dan tempoh perkhidmatan selepas umur ini bukanlah perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
(4) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—
(a) Setiausaha kepada Dewan Rakyat atau Setiausaha kepada Dewan Negara; dan
(b) pegawai yang telah bersara selepas mula berkuat kuasanya Akta ini tetapi sebelum ia disiarkan.
(c) (Dipotong oleh Akta A1124).
(5) Yang di-Pertuan Agong, berkenaan dengan pegawai persekutuan atau pegawai persekutuan tempatan, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh menghendaki mana-mana pegawai supaya bersara daripada perkhidmatan awam—
(a) jika Ketua Pengarah atau Setiausaha Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berpuas hati atas keterangan doktor bahawa pegawai itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya, disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal;
(b) apabila jawatan yang dipegangnya dihapuskan;
(c) bagi maksud supaya organisasi jabatan di mana pegawai itu bekerja mudah diperbaiki dan dengan itu menghasilkan lebih lagi kecekapan atau ekonomi;
(d) atas alasan bahawa pekerjaan pegawai itu telah ditamatkan demi kepentingan awam;
(e) atas alasan bahawa pegawai itu telah dengan sukarelanya (selain perkahwinan) memperoleh kewarganegaraan, atau menggunakan hak kewarganegaraan, atau telah membuat pengisytiharan kesetiaan kepada, mana-mana negara lain selain Malaysia atau atas alasan bahawa pegawai itutelah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya; atau
(f) atas alasan bahawa pegawai itu telah, bagi maksud pelantikannya ke perkhidmatan awam—
(i) membuat apa-apa pernyataan atau memberi apa-apa maklumat, sama ada secara lisan atau secara bertulis, sama ada bersumpah atau selainnya; atau
(ii) membekalkan apa-apa dokumen, yang adalah palsu, silap, tidak tepat, tidak lengkap, atau mengelirukan atau mungkin mengelirukan, dan pelantikannya ke perkhidmatan awam telah dibuat sebahagiannya atau keseluruhannya dengan bersandarkan atas pernyataan, maklumat atau dokumen itu:
Dengan syarat bahawa persaraan itu di bawah perenggan ini tidak boleh dilaksanakan melainkan pegawai itu telah diberikan peluang yang munasabah untuk membuat representasi ke atasnya kepada Yang di-Pertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6) Perenggan (5)(f) hendaklah terpakai hanya bagi pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam selepas mula berkuat kuasanya subseksyen ini.
(7) Umur persaraan paksa lima puluh enam tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai yang dilantik pada atau selepas 1 Oktober 2001.
(8) Umur persaraan paksa lima puluh enam tahun yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang pegawai yang telah dilantik sebelum 1 Oktober 2001 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu dan tidak memilih umur persaraan paksa lima puluh enam tahun.
(9) Opsyen bagi umur persaraan paksa lima puluh enam tahun yang dilaksanakan oleh seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (8) tidak boleh dibatalkan.
Persaraan dengan kehendak Kerajaan
11. Walau apa pun seksyen 10 dan 12, dengan persetujuan pegawai itu—
(a) Yang di-Pertuan Agong boleh menghendaki seseorang pegawai persekutuan supaya bersara pada mana-mana peringkat umur—
(i) atas alasan kepentingan negara; atau
(ii) demi kepentingan perkhidmatan awam; dan
(b) Pihak Berkuasa Negeri boleh menghendaki seseorang pegawai Negeri supaya bersara pada mana-mana peringkat umur—
(i) dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, atas alasan kepentingan negara; atau
(ii) demi kepentingan perkhidmatan awam.
Persaraan pilihan
12. (1) Yang di-Pertuan Agong, berkenaan dengan pegawai selain pegawai negeri, atau Pihak Berkuasa Negeri, berkenaan dengan pegawai negeri, boleh, atas permohonan pegawai itu, memberi persetujuan tentang persaraan seseorang pegawai apabila atau selepas mencapai umur empat puluh tahun.
(2) Jika seseorang pegawai yang dilantik sebelum mula berkuat kuasanya seksyen ini bersara di bawah subseksyen (1), pegawai sedemikian boleh diberikan pencen hanya apabila mencapai umur—
(a) empat puluh lima tahun bagi—
(i) seseorang pegawai perempuan;
(ii) seseorang pegawai perkhidmatan bomba yang berpangkat pegawai rendah dan ke bawah;
(iii) seseorang pegawai polis yang berpangkat rendah daripada Penolong Penguasa Polis;
(iv) seseorang pegawai penjara yang berpangkat rendah daripada Penguasa; dan
(v) seseorang jururawat lelaki di hospital mental; atau
(b) lima puluh tahun bagi seseorang pegawai lelaki, selain pegawai yang disebut dalam subperenggan (a)(ii) hingga (v).
(3) Jika seseorang pegawai yang dilantik selepas mula berkuat kuasanya seksyen ini bersara di bawah subseksyen (1), pegawai sedemikian boleh diberikan pencen hanya apabila mencapai umur
lima puluh enam tahun.
(3a) Seseorang pegawai yang bersara di bawah subseksyen (1) boleh diberi ketika persaraannya ganjaran, award wang tunai yang diberikan sebagai ganti cuti rehat yang terkumpul atau faedah lain.
(3b) Jika seseorang pegawai yang disebut dalam subseksyen (3) yang telah dilantik sebelum 1 Oktober 2001 dan telah diberikan opsyen sebelum tarikh itu tidak memilih umur persaraan paksa lima puluh enam tahun, subseksyen (3) hendaklah terpakai baginya dengan menggantikan perkataan ‘lima puluh enam’ dengan perkataan ‘lima puluh lima’.
(4) Jika seseorang pegawai yang telah bersara di bawah subseksyen (1) mati sebelum mencapai umur empat puluh lima tahun atau lima puluh tahun atau lima puluh lima tahun atau lima puluh enam tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan, Yang di-Pertuan Agong boleh dengan serta-merta memberikan kepada orang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu pencen terbitan tidak kurang daripada satu perlima dari gaji yang akhir diterima oleh pegawai yang mati itu dan ganjaran terbitan atau ganjaran terbitan sahaja.
(5) Tertakluk kepada seksyen 16, pencen terbitan yang diberikan dalam hal keadaan subseksyen (4) hendaklah kena dibayar selama tempoh tidak melebihi dua belas setengah tahun dari tarikh sebaik sahaja berikutan tarikh kematian pegawai itu; dan selepas itu penerima itu, dengan syarat dia adalah pemastautin di Malaysia, hendaklah terus menerima tujuh puluh peratus dari amaun yang diberikan itu.
- ADAKAH SKIM YANG SAMA TERDAPAT DALAM SYARAT2 PERKHIDMATAN ATM?
JAWAPAN 19.:
ADA! Tetapi…
Hanya pegawai Yang bertauliah Tetap sahaja.
AKTA ANGKATAN TENTERA 1972
PERATURAN-PERATURAN ANGKATAN TETAP (PENCEN, GANJARAN DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN) 1982
Bahagian II
PENCEN DAN GANJARAN PERKHIDMATAN
peraturan 22(2) (a) dan peraturan 22(6) (a)
- BAGAIMANA PULA PENCEN WAKIL RAKYAT?
JAWAPAN 20.:
JADUAL PERTAMA [Seksyen 8, 10, 12 dan 13] Akta 237, AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980.
Pencen bagi Ahli atau Anggota
2. (1) Seseorang yang berhenti menjadi Ahli atau Anggota boleh diberi pencen jika dia telah menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira:
Dengan syarat bahawa jika seseorang yang menjadi Ahli atau Anggota untuk pertama kalinya pada atau selepas 1 Julai 1990 berhenti menjadi Ahli atau Anggota apabila menyempurnakan tiga puluh enam bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tetapi masih belum mencapai umur lima puluh tahun pada tarikh dia berhenti menjadi Ahli atau Anggota, dia boleh diberi pencen hanya apabila dia kemudiannya mencapai umur lima puluh tahun.
- LIHAT JUGA: Akta 22, AKTA PENCEN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 1971
- SIAPA BOLEH BETULKAN KEADAAN INI UNTUK ATM?
JAWAPAN NO.21.:
MAJLIS ANGKATAN TENTERA MELALUI:
SEKSYEN 15 AAT 1972 DAN SEKSYEN 36 AAT 1972
- SIAPAKAH GULUNGAN BEKAS TENTERA YANG TIDAK DI IKTIRAF SEBAGAI VETERAN?
JAWAPAN NO 22:
- Pegawai dan anggota yang diberhentikan atas sebab disiplin/tatatertib:
a. Bekas Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diberhentikan di bawah Peraturan 49(l) –‘Penangguhan Perkhidmatan Tidak Diperlukan’ di bawah Army and Air Force (Terms of Service) Regulation, 1961.
b. Bekas Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibersarakan di bawah Peraturan 20(2)(f), (g) dan (h) kepada PPAT 1982 serta Seksyen 9 (Pembatalan Tauliah) kepada Akta Angkatan Tentera 1972.
- Bekas Anggota Pasukan Simpanan ATM yang tidak dikerah sepenuh masa.
- APAKAH UNDANG2 YANG ADA YANG BOLEH DI GUNAKAN UNTUK PEMULIHAN?
JAWAPAN NO. 23:
Setakat ini hanya ada satu undang-undang sahaja:
Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan:
Kuasa pengampunan, dsb.
42. (1) Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera …
- APAKAH BANDINGAN YANG BOLEH DI BUAT?
JAWAPAN NO: 24
Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan
Kehilangan kelayakan menjadi ahli Parlimen
48. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, seseoranghilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika—
…
…
…
…
dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan ….
(6) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Rakyat hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat.
- SIAPA YANG BOLEH MEMBETULKAN KEADAAN INI?
JAWAPAN NO.25:
MAJLIS ANGKATAN TENTERA
- SIAPAKAH VETERAN CEDERA PERANG/KURANG UPAYA?
JAWAPAN NO. 26:
Anggota tentera yang mendapat kecederaan kekal semasa di dalam perkhidmatan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a. HU itu diperkaitkan dengan tugas.
b. HU diperakui oleh Lembaga Perubatan dan LPS.
c. Faedah ini terhenti apabila penerima meninggal dunia.
d. Faedah ini berasaskan kepada peratus HU yang ditentukan oleh LPS
- APAKAH JENIS-JENIS FAEDAH HILANGUPAYA?
JAWAPAN NO.27:
Faedah yang dibayar bawah Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982.
2. Faedah yang dibayar bawah DTAPPN yang berkuatkuasa mulai 5 Okt 1984.
3. Faedah yang dibayar bawah PMAT 9/2008 Ex-Gratia Bencana Kerja Perkhidmatan ATM yang berkuatkuasa mulai 1 Jan 2001.
- Anggota yang mengalami HU layak menerima ketiga-tiga faedah di atas tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan.
- APAKAH FAEDAH HILANGUPAYA BAWAH PPAT 82?
JAWAPAN NO: 28:
- Faedah ini hanya dibayar setelah anggota berhenti atau bersara dari perkhidmatan.
2. Faedah ini berasaskan kepada pangkat serta gaji hakiki semasa kejadian.
3. Jika darjah HU 19% dan ke bawah, hanya dibayar Ganjaran Hilangupaya. Kadar bayaran pula adalah berdasarkan kepada Susunan 4 kepada PPAT 82.
4. Jika darjah HU 20% dan ke atas, akan dibayar Pencen Hilangupaya. Kadar bayaran adalah berdasarkan Susunan 2 atau Susunan 2A kepada PPAT 82; mana yang lebih menguntungkan.
5. Sekiranya darjah HU 100%, anggota tersebut juga boleh dibayar ELS* sebanyak RM440.00 sebulan tertakluk kepada kelulusan MAT.
- APAKAH FAEDAH DTAPPN?
JAWAPAN NO.29:
1. Faedah ini berkuatkuasa mulai 1 Jan 2011.
2. Faedah ini dibayar oleh ARB sebagai saguhati kepada anggota yang mengalami HU kekal semasa tugas aktif iaitu tugas operasi atau latihan.
3. Kadar bayaran adalah seperti berikut :
a. RM750.00 – bagi anggota yang mengalami cedera ringan yang mengakibatkan HU kekal tetapi masih boleh berkhidmat.
b. RM8000.00 – bagi anggota yang mengalami cedera parah.
c. RM10,500.00 – bagi anggota yang mengalami cedera parah yang mengakibatkan HU kekal tetapi masih boleh berkhidmat.
d. RM15,000.00 – bagi anggota yang mengalami cedera parah yang mengakibatkan HU kekal dan terpaksa diberhentikan daripada perkhidmatan.
e. RM30,000.00 – bagi anggota yang mengalami cedera parah yang mengakibatkan kehilangan pandangan kedua belah mata, kudung dua belah kaki atau lumpuh dari paras pinggang ke bawah
- APAKAH FAEDAH EX-GRATIA BENCANA KERJA PMAT 9/2008?
JAWAPAN NO.30
- Faedah ini berkuatkuasa mulai 1 Jan 2001.
2. Faedah ini dibayar semasa anggota masih lagi berkhidmat dan berterusan walaupun telah berhenti/bersara.
3. Faedah Ex-Gratia Bencana Kerja ini hanya dibayar setelah mendapat pengesahan darjah HU daripada LPS.
4. Faedah ini berasaskan kepada gaji hakiki dan imbuhan Tetap semasa mendapat kecederaan.
5. Jika darjah HU 20% dan ke bawah, hanya akan dibayar EXP.
6. Jika darjah HU melebihi 20%, akan dibayar EXP dan EXB. Sekiranya darjah HU 100%, anggota juga boleh dibayar ELS* sebanyak maksimum RM500.00 sebulan