
OBJEKTIF UTAMA SUARA VETERAN
Suara Veteran memperjuangkan empat perkara berikut untuk semua Veteran, Bekas Tentera dan Bakal Veteran:
a. Memohon supaya MAT melaksanakan Penyelarasan Pencen bagi veteran yang bersara sebelum 2004 and 2013 mengikut kuasa yang ada pada MAT berdasarkan perkara 137 Perlembagaan Persekutuan, seksyen 187 Akta Angkatan Tentera dan peraturan-peraturan di bawahnya;
b. Memohon supaya MAT memberi pertimbangan berdasarkan perkara 137 Perlembagaan Persekutuan, seksyen 15 dan seksyen 36 Akta Angkatan Tentera supaya anggota tentera di beri hak yang serupa yang di nikmati oleh semua penjawat awam di mana mereka boleh di beri pencen setelah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun perkhidmatan seperti yang di peruntukkan di dalam seksyen 9,10, 11 dan 12 Akta Pencen 1980;
c. Memohon supaya MAT menubuhkan satu Lembaga Pengampunan menurut kuasanya di perkara 4(1) dan 137 Perlembagaan Persekutuan di mana Yang DiPertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan segala kesalahan yang telah di bicarakan oleh mahkamah tentera dan pegawai atasan, supaya mereka yang tidak layak degelar sebagai veteran oleh Akta Veteran 2012 boleh di terima balik sebagai veteran dan mereka, suami/isteri dan anak-anak yang layak boleh mendapat kemudahan kebajikan seperti veteran yang lain; dan
d. Memohon supaya MAT mengaji semula agar Veteran yang cedera perang, cedera semasa betugas dan cedera akibat selepas dari tugas berat dan terlampau semasa berkhidmat di beri PHU dan Layan Sentiasa seperti yang di beri oleh SOCSO dan Insuran selain dari Insuran kelompok yang di bayar sendiri oleh anggota tentera.
Suara Veteran akan menghuraikan secara terperinci mengenai keempat-empat perkara tersebut di atas menurut undang-undang yang ada di dalam negara dan ATM di dalam blog ini. Suara Veteran sentiasa mengalu-galukan sebarang soalan yang bernas mengenai perkara di atas dan juga mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan veteran.