Design a site like this with WordPress.com
Get started

KURA-KURA ATAS TIANG

Pernah tak Kita lihat kura-kura duduk diatas tiang? Dadanya berada atas tiang dan keempat2 kakinya terjuntai. Dia terkial2 cuba berjalan tak boleh, bergolek pun tak boleh. Kepalanya terpusing2 tak tahu apanak buat. Macam mana dia boleh berada diatas tiang itu? Sudah pastinya Ada orang Yang mengajar kura-kura itu Dan letak diatas tiang itu. Kura-kura sememangnya tidak Ada ilmu memanjat, melompat atau pun terbang. Dia hanya ada ilmu merangkak Dan berenang sahaja. Maka Di kura-kura itu pastinya kelihatan bodoh walaupun berkedudukan tinggi. tapi jika nasib mereka baik mereka di letak atas Tanah, atas air, atau atas Batu.

Kebanyakan orang politik biasanya tidak ada ilmu yang tinggi, mereka hanya pandai bercakap dan mengkritik sahaja, kalau yang ada ada ilmu pun dalam bidang2 tertentu. Oleh kerana pandai bercakap mereka boleh memperbaiki orang ramai meyokong mereka. Mereka bertanding di pilihanraya dan jika menang kemungkinan mereka di lantik jadi Menteri. Yang tidak Di lantik akan jadi wakil rakyat dan pembuat undang2 ( legislative).

Masaalah akan timbul bila mereka yang di lantik jadi Menteri. Yang berkelulusan tukang MASAK jadi Menteri Pertahanan. Yang dulu Ketua NGO Yang Racist jadi Menteri perpaduan, Yang Peguam jadi Menteri komunikasi, Yang Suri rumah, Yang jurutera Dan macam2 lagi membuat kerja Di luar ilmu Pendidikan mereka. Tapi jika mereka mempunyai penasihat Yang berilmu maka baik lah kerja mereka, jika dapat Yang kaki kelentong maka jadi Menteri kelentong lah. Bagi Yang mahu dengar nasihat takpelah tapi kebanyakan mereka sahkan bodoh, sombong pulak tu. Menteri macam ini sentiasa Di perbodohkan oleh pegawai Kerajaan dengan maklumat Yang tidak tepat. 

Bagi Yang duduk Di Dewan Rakyat ( termasuk Yang berada Di dewan Negara) tidak Ada kerja lain hanya berdebat seperti berkempen. Bila soalan Di Tanya pada Menteri, Menteri hanya baca skrip macam pemberita sahaja. Ada Yang baca macam burung kakak tua. Kerja mereka sepatutnya mengubah undang2 Dan menyelesaikan masaalah tetapi sejak 60 tahun macam itu jelah kerja mereka, berdebat, habis berdebat PRU berikut nya pun sudah tiba. Masing jadi kura-kura merayap mencari sokongan semula.

Nasib baik Negara ini mempunyai ramai rakyat Yang bijak Dan pandai membanggunkan ekonomi negara. Jika nak harapkan wakil rakyat Dan Menteri macam kura-kura, Akan lingkup negara.

Malaysia harus meminda syarat2 untuk jadi calun PRU. Mereka ini perlu ada ujian kemasukan sebagai calun di ikuti dengan kelulusan akademik Dan Ada pengalaman kerja pengurus2. Umur minima untuk bertanding hendaklah tidak kurang dari 45 tahun. Mereka sudah Di beri elaun Yang tinggi, maka mereka tidak layak mendapat pencen melainkan mereka berjaya menjadi wakil rakyat selama 25 tahun atau menang 5 kali PRU. Gelaran mereka tidak sepatutnya Di panggil sebagai Yang berhormat tetapi hendaklah Di panggil sebagai Yang berkhidmat.

Kita tidak mahu lagi Kura-Kura atas tiang menjadi wakil rakyat Di negara ini 

Wallahualam

Mej Mior Rosli TUDM Bersara
23Jan 2019

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: