Design a site like this with WordPress.com
Get started

Apakah Sindrom Katak Rebus?

WAHAI RAKYAT MALAYSIA SEMUA. JANGAN LAH KITA TERPERANGKAP DALAM “SINDROM KATAK REBUS” SELEPAS 62 TAHUN MERDEKA.

Apakah Sindrom Katak Rebus?

Ambil seekor katak hidup dan letak akan ia didalam periok berisi air dan mula panaskan air itu atas dapur.

Perlu di ingat bahawa setiap katak mempunyai lemak yang tebal di bawah permukaan kulitnya untuk mengawal suhu badannya.

Apabila suhu air mula miningkat, katak itu akan mengawal suhu badannya mengikut suhu sekeliling. Katak tersebut akan terus mengawal suhu badannya mengikut peningkatan suhu air yang semakin panas.

Malangnya apabila suhu air hendak sampai ke suhu mendidih, katak itu tidak lagi mampu mengawal suhu badannya kepada suhu air mendidih tersebut.

Di tahap ini katak tersebut cuba melompat keluar dari periok tersebut tetapi dia tidak mampu berbuat demikian kerana dia telah kehilangan tenaga semasa usahanya mengawal suhu badanya melawan kenaikan suhu air tadi. Akhirnya katak tadi mati didalam air mendidih tersebut.

Apa kah yang menyebabkan katak itu mati didalam air yang mendidih tadi? Sebenarnya katal itu mati kerana kegagalan kata itu sendiri untuk membuat keputusan bila untuk melompat keluar dari periok tersebut.

Begitu juga dengan pemimpin, ahli2 politik dan penyokong parti politik. Mereka harus meyesuaikan diri mereka dengan undang-undang negara dan keadaan pribumi sekeliling mereka dan terus hidup dengan aman dan damai. Ada kalanya kita perlu ubah sikap kita dan jangan cuba melawan arus dan undang2 negara. Jika kita rasa undang2 negara tidak lagi sesusai dengan hidup kita da kita hanya minoriti di tempat itu, kita sepatutnya keluar dari situ. Jika masih mahu melawan arus pastinya kita akan kecundang.

Jika kita terus mahu mencabar dan mempengaruhi pihak majoriti secara pisikal, emosi, kewangan, keagamaan atau mental kemungkinan kita akan akhirnya menempah maut dan kerugian diri kita sendiri.

Untuk hidup dengan aman di mana2 negara didalam dunia ini kita harus menghormati perlembagan dan rukun yang di tetapkan oleh negara tersebut.

Untuk bidup aman di Malaysia, setiap rakyat harus patuh kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Jika anda mahu berbesar kepala, percayalah satu hari anda akan jadi KATAK REBUS.

Isu2 yang di bangkitkan dalam setahun ini adalah seperti ICERD, UEC, Statut Rom, mencabar Agama Islam, Bahasa Melayu, Sekolah vernakular, menghapuskan ketuanan melayu dan menderhaka terhadap Raja-Raja Melayu. Semua ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Dan mereka yang cuba mecabar perkara diatas juga telah melakukan kesalahan di bawah perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dan membolehkan kerakyatan mereka di tarik balik.

Saya harap semua rakyat di negara ini tidak kira melayu atau bukan melayu.. bacalah perlembagaan pdrsekutuaan dan hayatilah Rukun Negara kita. Jangan terikut2 dengan pemimpin2 yang cuba menghasut penyokong dan rakyat untuk menuntuk perkara yang bukan2 yang di larang oleh perlembagaan persekutuan.

Saya juga memohon sembah junjung kasih kebawah duli2 Raja Raja Melayu supaya jangan kuatir terhadap kuasa dan daulat yang tuanku tuanku perolihi di dalam Perlembagaan. Walaupun ianya nampak berkurangan tetapi tuanku-tuanku sekalian masih mempunyai kuasa budicara dan kuasa mutlak yang di sorok oleh penasihat tuanku dengan sengaja atau tidak sengaja.

Bagi Panglima Angkatan Tentera, Ketua Hakim Negara, Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Polis Negara, tadbirlah negara ini mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan tanpa tanpa takut dan ragu-ragu terhadap orang politik dan pemimpin2 NGO yang tidak bertanggungjawab yang rata2 tidal faham isi kandong perlembagaan persekutuan. Jalankanlah juga tanggongjawab Ybg Tan Sri2 berpandukan Al Quran kerana akhirnya kita semua akan di adili oleh Allah SWT di akhirat kelak dan kuasa yang kita ada sekarang adalah satu beban yang amat berat sekali.

Akhir sekali saya mengucapka SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 62 HARI KEMERDEKAAN NEGARA KITA.

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Mej Mior Rosli, TUDM (Bersara)
25 Ogos 2019
Kuala Lumpur

Leave a comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: