
Siapa Yang Tidak Layak
- Ibubapa Veteran ATM
- Pegawai dan anggota yang diberhentikan atas sebab disiplin/tatatertib, contoh;
- Bekas Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diberhentikan di bawah Peraturan 49(l) – ‘Penangguhan Perkhidmatan Tidak Diperlukan’ di bawah Army and Air Force (Terms of Service) Regulation, 1961.
- Bekas Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibersarakan di bawah Peraturan 20(2)(f), (g) dan (h) kepada PPAT 1982 serta Seksyen 9 (Pembatalan Tauliah) kepada Akta Angkatan Tentera 1972.
- Bekas Anggota Pasukan Simpanan ATM yang tidak dikerah sepenuh masa.
Bekas tentera rayu batal Peraturan 49 L
UTUSAN ONLINE 31 Ogos 2018 3:00 AM

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Seorang bekas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohamad Redzwan Sumiri, 66, merayu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membatalkan Peraturan 49 L yang dikenakan terhadapnya selepas diberhentikan perkhidmatan pada 1983.
Menurutnya, peraturan itu menyebabkan dia hilang keistimewaan sebagai bekas tentera terutama dalam penerimaan bantuan kebajikan daripada kerajaan.
“Saya tidak mampu bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis malah perlu menjalani rawatan dialisis buah pinggang dengan kos kira-kira RM3,000 sebulan.
“Kini kami sekeluarga hanya bergantung kepada hasil titik peluh isteri yang bekerja sebagai tukang jahit. Kadang kala saya terpaksa membatalkan sesi rawatan ekoran masalah kewangan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Murni Selayang, Selangor.
Mohamad Redzwan memberitahu, kehidupan keluarganya yang daif menyebabkan mereka terpaksa mengetepikan perasaan malu untuk meminjam wang daripada rakan dan ahli keluarga bagi meneruskan kehidupan.
“Anak sulung saya juga terpaksa berhenti belajar selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana ingin menyara keluarga.
“Saya harap hukuman Peraturan 49 L dibatalkan demi kelangsungan hidup kami sekeluarga. Pembatalan peraturan itu akan membuka peluang kepada saya untuk menerima bantuan selayaknya sebagai bekas anggota tentera,” katanya.
Bekas tentera yang pernah berkhidmat selama lebih 11 tahun itu mendakwa, hukuman tersebut masih diteruskan walaupun pernah mendapat surat sokongan pembatalan daripada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
“Hukuman ini tidak adil kerana ketika itu saya telah dibebaskan daripada pertuduhan mencuri gula tetapi tindakan pemberhentian tetap dilakukan atas alasan masalah disiplin.
“Janganlah hukum saya sampai mati begini. Sepatutnya Peraturan 49 L itu hanya dikenakan kepada individu yang melakukan kesalahan dadah dan yang mengancam keselamatan,” katanya.
Mejar Zaidi dibuang dari Perkhidmatan

Malaysiakini melaporkan..Jan 2015
Mejar Zaidi Ahmad dibuang kerja selepas didapati bersalah melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dengan memberi kenyataan media tanpa kebenaran.
“Mahkamah secara sebulat suara menjatuhkan hukuman dibuang kerja dari perkhidmatan Seri Paduka Baginda,” kata Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan.
Sebelum itu The Malaysian Insider melaporkan..
Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad hari ini didapati bersalah di Mahkamah Tentera di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013.
Ketika diminta mahkamah rayuan untuk merayu hukuman lebih ringan, pegawai TUDM berusia 45 tahun itu berkata, akan berjumpa dengan pendakwa dan para hakim di “mahkamah Allah”.
Selepas mengumumkan Zaidi didapati bersalah, panel membenarkan beliau menampilkan saksi untuk menyokong rayuan bagi hukuman lebih ringan dan memberi beliau masa untuk bercakap dengan panel tentera.
Zaidi mendakwa panel tersebut mempunyai agenda politik, dan berkata mereka lebih bimbangkan “penuhi perut sendiri” daripada menggunakan otak.
Ini menyebabkan mahkamah mencelah ucapan beliau. Bercakap tanpa berhenti, beliau dihentikan sekali lagi dan diminta menghormati mahkamah.
Sebaik sahaja itu, Zaidi berhenti bercakap dan memberitahu mahkamah, beliau tidak ada apa-apa untuk dikatakan lagi jika beliau tidak dibenarkan kebebasan untuk berucap.
“Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah,” katanya.
Awal hari ini, panel mahkamah memutuskan yang pendakwa berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Mejar Zaidi, 2 daripada 7 dakwaan terhadapnya.
Panel tersebut yang diketuai pegawai pengerusi Kol Saadon Hasnan berkata 8 saksi dipanggil ke kandang saksi sejak perbicaraan bermula pada Mei 2013.
“Pihak pendakwa berjaya menubuhkan kes prima facie terhadap yang tertuduh bagi dakwaan kedua dan ketiga, oleh itu kami dapatinya bersalah atas dua dakwaan,” kata Saadon.
Sebelum ini beliau mengumumkan Mejar Zaidi akan membela dirinya sendiri di mahkamah kerana majlis pembela “tidak dapat menghadiri perbicaraan”.
“Majlis peguambela tidak dapat menghadiri mahkamah tetapi perbicaraan masih akan diteruskan,” katanya sebelum mengumumkan keputusan mahkamah.
Zaidi didapati bersalah kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan pihak media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972.
Saadon, dalam menyampaikan keputusan mahkamah berkata yang tertuduh diberi peluang untuk mempertahankan dirinya tetapi memilih untuk berdiam diri.
Pendakwaraya Rose Annuar Aripin meminta mahkamah menjadikan kes Mejar Zaidi contoh terbaik bagi mereka yang terlibat dengan angkatan tentera.
“Beliau juga salah satu pegawai tertinggi yang bertanggungjawab ke atas skuad beliau, oleh itu beliau patut dihukum sekeras-kerasnya,” kata Rose Annuar.
Rose Annuar juga menambah, dengan lebih 20 tahun perkhidmatan beliau, Zaidi sepatutnya lebih sedar dan matang dalam tindakannya.
Mahkamah bersurai untuk 3 jam dan akan bersambung pada 2 petang hari ini di mana mahkamah akan memutuskan hukumannya.