PERKHIDMATAN TENTERA ADALAH BERBEZA DARI PERKHIDMATAN AWAM YANG LAIN
Oleh Mej Mior Rosli TUDM (Bersara)
Bahagian X Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan perkhidmatan-perkhidmatan awam yang terdapat didalam kerajaan persekutuan. Senarai tersebut adalah di Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan.
132. (1) Bagi maksud Perlembagaan ini, perkhidmatan-perkhidmatan awam ialah—
(a) angkatan tentera;
(b) perkhidmatan kehakiman dan perundangan;
(c) perkhidmatan awam am Persekutuan;
(d) pasukan polis;
(e) (dimansuhkan: dahulunya adalah Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu yang telah di swastakan);
(f) perkhidmatan awam bersama yang disebut dalam Perkara 133;
(g) perkhidmatan awam setiap Negeri; dan
(h) perkhidmatan pendidikan.
Pada pendapat kami perkataan “Perkhidmatan Awam” bermakud kakitangan kerajaan yang dibayar gaji untuk berkhidmat untuk rakyat. Dalam bahasa ingeris ianya di sebut sebagai “Public Service”. Ianya bukan bermaksud “Civil Service”. Civil Service yang sebenar adalah seperti yang di senaraikan di Perkara 132(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Pejawat-pejawat Perkhidmatan Awam ini berbeza dengan perjawatan orang politik.
Orang politik datang dan pergi setiap 5 tahun melalui pilihanraya. Mereka tidak mempunyai kemahiran khusus dalam bidang kerja yang mereka lakukan di dalam mana-mana kemeterian atau jabatan. Antara jawatan politik adalah seperti Perdana Menteri, Menteri, timbalan menteri, setiausaha politik, setiausaha parlemen dan sebagainya. Jawatan mereka tidak kekal sekiranya mereka kalah didalam pilihanraya umum. Jika mereka menang sekalipun ianya bergantung sama ada parti yang mereka sertai itu menjadi parti memerintah dan jika parti nya memerintah samaada Perdana Menteri yang di lantik oleh Yang di-Pertuan Agong masih mahu melantik mereka semula. Oleh yang dimikian artikel ini tidak akan memberi tumpuan yang lebih kepada jawatan politik kecuali ianya ada kaitan dengan apa yang hendak di perbincangkan.
Tujuan utama artikel ini di tulis adalah untuk menjelas, membincang dan menunjukankan bahawa Angkatan Tentera Malaysia tidak tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan awam yang lain yang di senaraikan di Perkara 132 perlembagaan persekutuan. Terdapat banyak pendapat yang menyatakan bahawa Angkatan Tentera Malaysia dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Ini termasuk gaji dan Pencen. Kami berpendapat bahawa ini tidak benar dari sudut undang-undang.
Untuk perbincangan artikal ini, kami akan menumpukan hanya kepada dua jenis perkidmatan awam didalam Perkara 132 iaitu:
- Angkatan Tentera yang di ketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) seprti di Perkara 132(1)(a). 41 dan 137 perlembagaan persekutan dan
- Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) seperti di Perkara 132(1)(c) dan 139 Perlembagaan Persekutuan.
Artikal ini juga akan menyentuh tentang Pasukan Polis yang di ketuai oleh Ketua Polis Negara (KPN) kerana pasukan ini agak sama tetapi tidak serupa dengan Angkatan Tentera terutama dengan syarat-syarat perkhidmatan mereka.
Setiap Perkhidmatan Awam di bawah Perkara 132 adalah di kawal oleh Suruhanjaya- suruhanjaya kecuali Angkatan Tentera di kawal oleh Majlis Angkatan Tentera(MAT). Perlu di tegaskan di sini bahawa senarai di perkara 132 adalah senarai protokol yang sebenarnya sejak Pelembagan Persekutuan ini di gubal dari tahun 1957 lagi. Senarai ini di guna pakai menurut protokol Perkara 132(1) didalam mana-mana undang-undang persekutuan yang perlu menyebutkannya. Kami juga berpendapat ianya adalah hasrat dan tujuan suruhanjaya Reid semasa mereka mengubal perlembagaan ini. Jika susunan protokol ini tidak betul, sudah pasti parlemen telah membuat pindaan yang sepatutnya. Majlis dan Suruhanjaya-Suruhanjaya yang di maksudkan dalam perlembagaan persekutuan adalah seperti berikut:
(a). Majlis Angkatan Tentera (Perkara 137)
(b). Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (Perkara 138)
(c). Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Perkara 139)
(d). Suruhanjaya Pasukan Polis (Perkara 140)
(e). Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Perkara 141A)
Bagi tujuan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, Perkhidmatan awam tidak termasuk:
(a) jawatan mana-mana anggota pentadbiran di dalam Persekutuan atau sesuatu Negeri; atau
(b) jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri atau ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau ahli Dewan Undangan sesuatu Negeri; atau
(c) jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi; atau
(d) jawatan anggota mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang ditubuhkan oleh Perlembagaan ini atau mana-mana Suruhanjaya atau Majlis yang bersamaan yang ditubuhkan oleh Perlembagaan sesuatu Negeri; atau
(e) apa-apa jawatan diplomatik yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah, iaitu jawatan yang, jika tidak kerana perintah itu, akan menjadi jawatandalam perkhidmatan awam am Persekutuan: atau
(f) Peguam Negara atau, jika peruntukan bagi cara pelantikan dan pemecatannya daripada jawatan dimasukkan dengan khususnya dalam Perlembagaan Negeri itu, atau jika dia dilantik bukan daripada kalangan anggota perkhidmatan kehakiman dan perundangan atau perkhidmatan awam Negeri, penasihat undang-undang mana-mana Negeri; atau
(g) seseorang anggota kakitangan peribadi Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau yang di-Pertua Negeri; atau
(h) dalam hal Melaka dan Pulau Pinang, jika peruntukan dibuat melalui undang-undang Negeri bagi pelantikan mereka—
(i) Yang di-Pertua Jabatan Hal Ehwal Agama;
(ii) Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Agama;
(iii) Mufti;
(iv) Kadi Besar; atau
(v) Kadi.
PERIHAL SURUHANJAYA
Sebutan dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai sesuatu Suruhanjaya yang terpakai di Bahagian X ialah sebutan mengenai mana-mana Suruhanjaya yang ditubuhkan di bawah Perkara 138 hingga 141A, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain (Perkara 148(1))
Kecuali Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis, seseorang ahli mana-mana satu majlis Parlimen atau Dewan Undangan sesuatu Negeri tidak boleh menjadi atau dilantik menjadi anggota sesuatu Suruhanjaya. Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis adalah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. (Perkara 142(1))
Tertakluk kepada udang-undang yang sedia ada, Tugas sesuatu Suruhanjaya adalah untuk melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya (Perkara 144(1)). Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mana-mana Suruhanjaya itu menjalankan fungsi lain(Perkara 144(2)). Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan sebagai jawatan khas apa-apa jawatan yang di pegang oleh ketua atau timbalan ketua sesuatu jabatan atau oleh seseorang pegawai yang pada pendapatnya adalah serupa dengan tarafnya; dan pelantikan bagi menyandang mana-mana jawatan yang ditetapkan sedemikian tidak boleh dibuat mengikut Perkara 144(1) tetapi hendaklah dibuat oleh Yang diPertuan Agong atas syor Suruhanjaya yang bidang kuasanya meliputi perkhidmatan yang dalamnya jawatan itu dipegang (Perkara 144(3)).
Sebelum bertindak mengikut Perkara 144(3), atas syor Suruhanjaya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan boleh merujukkan syor itu balik satu kali kepada Suruhanjaya untuk di timbangkan semula (Perkara 144(5)).
Institusi Ketua Setiausaha Negara merupakan antara badan terpenting dalam pentadbiran kerajaan persekutuan. Institusi ini diwujudkan pada tahun 1911 ketika pentadbiran British di bawah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Titik tolak institusi ini bermula dengan berkuatkuasanya The Chief Secretary (incorporation) Enactment no.1 of 1911 pada 1 Februari 1911. Enakmen tersebut diperkenal bagi mewujudkan jawatan Chief Secretary to the Government of Federated Malay States (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu) bagi menggantikan jawatan resident-general. Sir Arthur Henderson Young merupakan orang pertama yang memegang jawatan tersebut.
Di awal penubuhannya, institusi ini diberikan kuasa yang besar dalam pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di mana semua urusan pentadbiran negeri diletakkan dibawahnya. Keadaan ini menimbulkan kegusaran dan ketidakpuasan hati dalam kalangan Raja-Raja Melayu kerana mereka mula kehilangan kuasa mentadbir dan mengurus negeri masing-masing.
Beberapa siri perbincangan dijalankan pada 1920-an bagi mewujudkan dasar pengagihan kuasa yang akhirnya membawa kepada pewujudan jawatan Federal Secretary, di mana peranannya lebih tertumpu kepada koordinasi jentera pentadbiran dengan cekap dan berkesan. Perlaksanaan pengagihan kuasa ini menjadi permulaan kepada amalan dasar pengagihan kuasa Persekutuan ke Negeri secara beransur-ansur.
Kesemua lantikan bagi jawatan Ketua Setiausaha Negara pada zaman kolonial didominasi oleh pegawai-pegawai tertinggi British tanpa peluang kepada anak tempatan. Seramai 13 orang pegawai tertinggi British dalam pentadbiran dilantik ke jawatan tersebut sebelum kemerdekaan Negara.
Namun, perkara ini berubah selepas Malaysia (ketika itu Persekutuan Tanah Melayu) mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Tun Abdul Aziz bin Abdul Majid mencipta sejarah apabila menjadi anak watan pertama memegang jawatan tertinggi perkhidmatan awam tersebut setelah kemerdekaan Negara.
Sepanjang sejarah, institusi ini telah melalui banyak perubahan daripada segi fungsi dan nama, sesuai dengan peredaran zaman. Ia juga telah memainkan peranan utama dalam menjadi pemangkin kepada pembangunan Negara dalam jangkamasa lebih seabad penubuhannya. Pelbagai cabaran dan evolusi yang dilalui Institusi Ketua Setiausaha Negara ternyata menjadi satu proses pematangan sehingga ianya menjadi salah satu institusi yang mustahak dan disegani pada hari ini.
Ketua Setiausaha Negara merupakan jawatan yang tertinggi dalam perkhidmatan awam. Justeru, tanggungjawab yang besar datang selari dengan keutamaan jawatan tersebut dalam pentadbiran Negara.
Pelantikan Ketua Setiausaha Negara dibuat di bawah Perkara 144(3) Perlembagaan Persekutuan, di mana ianya perlu mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, atas perakuan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan nasihat Perdana Menteri Malaysia.
Secara khususnya, Ketua Setiausaha Negara memainkan tiga peranan utama, iaitu:
Setiausaha kepada Jemaah Menteri atau Kabinet,
Ketua Perkhidmatan Awam Malaysia, dan
Ketua Setiausaha kepada Jabatan Perdana Menteri.
Selain daripada tugas-tugas utama dia atas, Kerajaan berdasarkan keperluan semasa boleh melantik Ketua Setiausaha Negara memimpin beberapa organisasi awam.
Bagi melancarkan tugas, Pejabat Ketua Setiausaha Negara diwujudkan bagi melaksana beberapa peranan dan tanggungjawab, antaranya:
Memberi perkhidmatan sokongan dalam menjalankan tugas Setiausaha Kabinet dan Ketua Setiausaha kepada Jabatan Perdana Menteri,
Memastikan semua ulasan, aduan dan maklumbalas yang diterima dari pelanggan diberi perhatian wajar, dan
Mengeluarkan kenyataan dan pegumuman tentang pembaharuan dan perubahan berkaitan perkhidmatan awam.
Ketua Setiausaha Negara juga memainkan peranan seumpama ‘tembok sempadan’ di antara Kerajaan selaku penggubal dasar dengan pegawai pentadbir yang melaksanakan dasar Negara. Ketua Setiausaha Negara mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang bagi membolehkannya memberi nasihat secara profesional kepada kerajaan mengenai kesesuaian dan keperluan sesuatu dasar. Ini adalah penting bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan dan ketirisan dalam pelaksanaan dasar-dasar Negara.
Kerjasama serta tolak ansur antara kerajaan dan Ketua Setiausaha Negara amat penting bagi memastikan kecekapan pentadbiran supaya Negara terus berada di landasan yang betul.
KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS ANGKATAN TENTERA (MAT)
Perkara 137. (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntuakan: “Maka hendaklah ada suatu Majlis Angkatan Tentera yang hendaklah bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan Agong bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera, dan segala perkara lain yang berhubungan dengannya selain perkara yang berhubungan dengan penggunaan angkatan tentera bagi maksud operasi.”
Perkara 137 (1) diatas berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan, dan mana-mana undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi peletakhakan apa-apa fungsi mengenai angkatan tentera pada Majlis Angkatan Tentera.
Ini bermakna MAT mempunyai kuasa segala perkara mengenai Pemerintahan, Tatatertib dan Pentadbiran Angkatan Tentera kecuali pengunaan Angkatan Tentera untuk operasi. Undang-undang persekutuan yang di peruntukan bagi kuasa MAT adalah Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77). MAT pulah berkuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang dikenali sebagai Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT). Semua kuasa ini adalah dibawah kuasa am Yang di-Pertuan Agong. Perlu di tegas di sini bahawa tidak ada Perkhidmatan Awam yang mempunyai Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua tertinggi mereka kecuali Angkatan Tentera. Ini jelas di peruntukan di Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas dan padat berbunyi : “Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan”. Tidak terdapat apa-apa peruntukan yang menyatakan bahawa Panglima Tertinggi Angkatan Tentera perlu meminta mana-mana nasihat dari sesiapa untuk menjalankan tanggungjawab ini.
Menurut Perkara 137(3) Perlembagaan Persekutuan, Majlis Angkatan Tentera adalah terdiri daripada anggota yang berikut, iaitu:
(a) Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan, yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b) seorang anggota yang mewakili Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, yang hendaklah dilantik oleh Majlis Raja-Raja;
(c) Panglima Angkatan Tentera yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;
(d) seorang anggota preman, iaitu orang yang melaksanakan tugas jawatan Ketua Setiausaha Pertahanan, yang hendaklah bertindak sebagai Setiausaha Majlis Angkatan Tentera;
(e) dua orang pegawai turus kanan Angkatan Tentera Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;
(f) seorang pegawai kanan Tentera Laut Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;
(g) seorang pegawai kanan Tentera Udara Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong;
(h) dua orang anggota tambahan, jika ada, sama ada anggota tentera atau preman, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Berdasarkan diatas bererti Majlis Angkatan Tentera mengadungi maksima 10 orang ahli yang dilantik seperti berikut:
- Dua (2) orang di lantik olih Perlembagaan Persekutuan, iaitu seorang Pengerusi (Menteri Pertahanan) dan seorang Setiausaha (KSU Kementah); dan
- Seorang (1) wakil Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja Melayu; dan
- Tujuh (7) orang ahli yang dilantik olih Yang di-Pertuan Agong dimana lima (5) orang dari kalangan pegawai kanan Angkatan Tentera manakala dua (2) orang lagi jika perlu di lantik dari kalangan aggota tentera atau pereman .
Bagi Pegawai kanan dan anggota Angkatan Tentera, Perlembagaan Persekutuan hanya menetapkan Jawatan Panglima Angkatan Tentera sahaja dan lain lain Pegawai kanan dan anggota tentera perlembagaan Persekutuan tidak menyebut secara khusus apakan jawatan pegawai kanan dan anggota tentera yang harus menjadi ahli MAT kecuali Panglima Angkatan Tentera, seorang hendaklah dari Tentera Laut dan seorang dari Tentera Udara. Begitu juga dengan dua orang pereman yang tidak disebut siapakah mereka. Sama juga wakil Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Semua ini adalah budicara Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menetapkan siapakah mereka.
Mengikut Perkara 137(4) Perlembagaan Persekutuan, Majlis Angkatan Tentera boleh bertindak walaupun ada kekosongan dalam keanggotaannya dan, tertakluk kepada Perlembagaan ini dan kepada undang-undang persekutuan, boleh membuat peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut:
(a) penyusunan kerjanya dan cara bagaimana fungsinya akan dilaksanakan, dan penyimpanan rekod dan minit;
(b) tugas dan tanggungjawab anggota Majlis itu masing-masing, termasuk perwakilan mana-mana kuasa atau tugasnya kepada mana-mana anggota Majlis itu;
(c) rundingan yang diadakan oleh Majlis itu dengan orang selain anggotanya;
(d) tatacara yang akan diikuti oleh Majlis itu pada menjalankan urusannya (termasuk menetapkan kuorum), melantik, mengikut pilihannya, seorang naib pengerusi daripada kalangan anggotanya, dan fungsi naib pengerusi;
(e) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Majlis itu perlu atau suai manfaat dibuat peruntukan mengenainya untuk melaksanakan fungsinya dengan lebih baik.
Mengikut peruntukan diatas kita dapati bahawa MAT boleh bertindak walaupun ada kekosongan dalam keanggotaannya mengikut kuorum yang mereka tetapkan. Mereka juga melantik naib pengerusi mereka sendiri. Ini bererti MAT boleh bertindak walaupun Pengerusi tidak hadir.
Tatacara MAT menjalankan kerja-kerja mereka adalah mengikut piliharaya. Perkara 137(4)(a) di atas, jelas peranan Setiausaha hanya terhad kepada penyusunan kerjanya dan cara bagaimana fungsinya akan dilaksanakan, dan penyimpanan rekod dan minit melainkan MAT sendiri memberi tugasan melebihi dari apa yang di sebut oleh perlembagaan Persekutuan.
Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen, Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan, Sebelum seseorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah taat setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan. Menteri hendak lah bertanggung jawab kepada Jemaah menteri. Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.
Bersambung…..